PANAS! Punca Penceraian Fasha Sandha Terbongkar

Sharing is caring!

Semalam, pelakon Fasha Sandha dan suami, Rizal Ashram atau dikenali sebagai Jejai telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.

Ketika di mahkamah semalam, Fasha Sandha yang kelihatan sangat sedih dengan penceraian ini enggan memberi komen kepada wartawan yang tidak berhenti bertanya mengenai penceraian mereka ini selepas prosiding selesai.

Fasha yag ketika itu ditemani oleh sahabat baiknya iaitu Faradhiya dan Pengarah Urusan Nouvelle Visages, Rita Susilawati kelihatan sangat sebak ketika keluar dari mahkamah.

Dalam kenyataan media yang diedarkan, ibu kepada dua orang anak ini mengakui yang dia redha atas apa yang terjadi.

Namun, Jejai juga kelihatan sangat sedih atas perpisahan ini dan dia kelihatan menangis tersesak-esak di luar mahkamah semalam.

Fasha yang sebelum ini pernah menfailkan penceraian pada 18 Januari yang lalu. Hasil dari perkahwinan mereka selama 4 tahun ini, mereka telah dikurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan iaitu Putra Rayal dan Putri Raysah Jemyma.

Apapun, perkara sudah berlaku. Tiada guna mengungkit kisah lama mereka. Semoga Fasha tabah menghadapi dugaan ini.

Leave a Comment