PANAS! Punca Sebenar Penceraian Fiza Elite Dan Adam AF Terbongkar… MENGEJUTKAN!

Sharing is caring!

Semalam dalam satu hari industri hiburan tanah air digemparkan dengan berita penceraian antara Fiza Elite Dan Adam AF serta pelakon Fasha Sandha dan juga Jejai. Mengejutkan!

Sebelum ini Fiza Elite dan Adam AF pernah merujuk kembali selepas bercerai buat kali pertama namun siapa sangka hubungan yang dibina itu musnah lagi apabila mereka sah bercerai buat kali kedua hujung tahun lepas.

Jelas Fiza, hubungan mereka hanya bahagia selama 2 bulan sahaja namun selepas itu kembali keruh apabila sering bergaduh. Tidak tahan dengan keadaan yang terus hidup berpura-pura, Fiza akhirnya membuat keputusan untuk berpisah.

Tambah Fiza, beliau sudah redha dengan ketentuan takdir buat dirinya dan kini mahu fokus membesarkan anak-anak beliau selain mula aktif semula dalam bidang seni.

Hati wanita ini memang lembut, tetapi jika dilukakan berkali-kali pasti ia akan meninggalkan kesan yang dalam. Penceraian mungkin jalan terbaik buat Fiza Elite dan Adam, kerana tiada gunanya hidup sebagai suami isteri jika sering bergaduh dan tiada persefahaman lagi.

Leave a Comment