Siti Saida Sedia Kahwin Lagi Tahun Ini

Sharing is caring!

Penyanyi Siti Saida, 40, mengakui dia sudah bertemu pengganti dan bersedia untuk kembali memegang status sebagai isteri.

Bagaimanapun Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin berkata, dia dan kekasihnya belum lagi menetapkan tarikh pernikahan mereka.

“Terfikir juga sampai bila saya mahu membujang. Perancangan ke arah itu (kahwin) memang ada tapi kami berserah pada ketentuan.

“InsyaAllah, cuma tarikhnya belum tahu lagi,” katanya kepada Malaysian Digest ketika di temui pada sidang media Bazaar Mega Hijra, bertempat di Restoran Hadramawt, Jalan Ampang, pada Khamis.

Terdahulu, Saida mendirikan rumah tangga dengan Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996 namun bercerai dengan talak satu secara tebus talak sebanyak RM1000 pada 7 Oktober 2011.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata, Siti Nurunnyssa, 19, Anas, 17, Khalid, 13, dan Siti Nurul Mashitah, 10 tahun.

Sementara berkongsi tentang perkembangan kerjaya pula, kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza ini berkata dia akan tampil dengan single terbaharu berjudul Setia. Lagu tersebut merupakan lagu duetnya bersama Maya (Matahari).

Menurutnya, idea berkolaborasi dengan Maya timbul bermula ketika mereka sama-sama membuat persembahan pada majlis anjuran Datuk AC Mizal.

“Sejak saya dan Maya membuat persembahan di satu majlis anjuran Datuk AC Mizal, kami selalu menerima tawaran untuk menyanyi bersama di majlis-majlis. Lama-kelamaan kami jadi serasi dan terfikir untuk hasilakn single duet.

“Single baru ni berjudul Setia, ciptaan Adi Sixth Sense. Lagunya dah siap dirakamkan cuma tinggal nak hasilkan video muzik. Ikut perancangan lagu itu akan dilancarkan seiring dengan muzik videonya.

“Sekarang saya dan Maya sedang cari masa yang sesuai untuk jalani penggambaran kerana masing-masing sibuk,” katanya.

Bukan setakat sebagai teman duet, Saida berkata dia dan Maya juga berkolaborasi menjalankan perniagaan menerusi online dibawah nama SMCloseUp.

“Saya dengan Maya buat perniagaan online bersama dibawah nama SMCloseUp tapi saya dengan koleksi tudung saya dan dia dengan koleksi dia sendiri.

Perkembangan lain, Saida antara selebriti yang akan turut berniaga di pada tersebut yang akan berlangsung pada 13 dan 14 Februari.

Bazaar yang diadakan di Pusat Pameran Mid Valley itu juga akan dimeriahkan lagi dengan barisan artis Encik Mimpi, Khai dan Rosmah, Aiman Rahman, Siti Nordiana, Eira Syazira dan Azad Jazmin, Siti Saerah, Nubhan dan ramai lagi.

Leave a Comment