Enam sekeluarga maut dalam nahas Gua Musang

Sharing is caring!

Enam sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan kereta dan lori di Jalan Gua Musang-Kota Bharu di Gua Sejuk di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu,tiga kanak-kanak maut manakala seorang lagi cedera parah.

Semua mangsa yang menaiki Proton Pesona dalam perjalanan dari arah bandar Gua Musang menghala Kuala Krai.

Ketua Operasi Balai Bomba Gua Musang, Saharni Harun, berkata akibat pelanggaran itu, enam penumpang kereta meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi berusia 40-an, cedera parah.

Leave a Comment