Mengejutkan! Nazim Othman Sudah Bertunang, Dedah Bakal Nikah

Sharing is caring!

Siapa sangka dalm diam-diam pasangan yang dulunya hangat bercinta iaitu Nazim Othman dan Bella Dally telah pun bertunang pada 14 November lalu. Sekaligus mengesahkan hubungan percintaan mereka yang dahulunya pernah goyah!

Pelakon Nazim Othman memaklumkan beliau sudah mengikat tali pertunangan dengan aktres Bella Dally pada 14 November 2015 tahun lalu.

Majlis pertunangan tersebut berlangsung di kediaman Bella Dally di Kota Kinabalu, Sabah.

Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 32, telah melamar Bella Dally ketika menjalani penggambaran drama Akulah Balqis.

Dalam pada itu, Nazim berkata, tarikh pernikahan mereka akan diumumkan selepas semua persiapan untuk majlis istimewa tersebut selesai dilakukan.

Menurut Nazim Othman lagi, beliau sebaliknya tidak berniat untuk merahsiakan pertunangannya dengan Bella Dally namun kerana tiada wartawan yang bertanya mengenai perkara itu.

Nazim dalam pada itu turut memohon agar peminat-peminatnya mendoakan agar rancangannya untuk mendirikan rumah tangga dengan Bella Dally dipermudahkan.

Pasangan ini pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar tahun 2013, namun mengumumkan sudah berpisah pada Mac 2014 atas sebab tertentu.

Leave a Comment