Aamir Khan Digelar ‘Baymax’ Kerana Gemuk

Sharing is caring!

MENGENALI Aamir Khan, aktor itu gemar melakonkan watak-watak yang luar biasa, termasuklah watak yang dilakonkannya dalam filem baharu, Dangal.
Menurut laporan portal Bollywood Life, Aamir telah menaikkan berat badannya sehingga 25 kilogram (kg) dan perubahan itu membuatkan ramai yang terkejut.

Perkara itu juga membuatkan pengamal media menggelarkan Aamir seperti watak komik Baymax kerana memiliki tubuh besar dan perut yang gendut.

Bagaimanapun Aamir tidak akan mengekalkan imej ‘Baymax’ itu dalam tempoh masa yang lama kerana perlu menurunkan berat badannya semula untuk filem yang sama.

Leave a Comment