Artis berkampung di Langkawi

Sharing is caring!

Selalunya kalau peminat nak berjumpa artis kesayangan mereka, terpaksa datang ke bandar besar terutama Kuala Lumpur (KL) dan Lembah Klang.
Tapi ada juga artis yang sesekali pergi ke negeri luar daripada KL dan Lembah Klang atas sebab penuhi acara hiburan atau penggambaran filem dan drama.
Terbaru, Cik Pang dengar khabar penduduk pulau peranginan popular, Langkawi dan kawasan sekitar seperti Perlis dan Kedah boleh bertemu dengan Encik Mimpi, pasangan Khai dan Rosma, Fizz Fairuz dan Almy Nadia, Noorshila Amin dan Lisdawati.
Kehadiran mereka sempena Showcase Usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) di Kompleks Pekan Rabu, Kuah yang berlangsung pada cuti Tahun Baru Cina bermula 5 sehingga 14 Februari depan.
Kehadiran mereka bukan saja untuk menghiburkan pengunjung dan pelancong, malah memasarkan pelbagai produk keluaran masing-masing yang kini mula mendapat tempat dalam kalangan peminat.
Cik Pang sokong sangat aktiviti seperti ini sebab ikutkan situasi ekonomi negara kita, memang tidak galakkan rakyat untuk berbelanja di luar negara.
Nasihat teman Cik Pang, pada masa ini rakyat digalakkan berbelanja di dalam negara untuk merancakkan kembali aliran tunai di dalam negara.
Jika aliran tunai kembali aktif dan ramai pelancong datang serta berbelanja di negara kita, barulah ada perubahan. Ia sekali gus dapat mengukuhkan kembali nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) dan mengurangkan kadar inflasi.
Katanya, kalau asyik melancong dan berbelanja di luar negara, bagaimana ekonomi Malaysia dapat kembali pulih.
Malah melalui acara seperti ini, masyarakat pun dapat menyokong produk tempatan yang sebenarnya.

Leave a Comment