Hanis Zalikha lalui saat indah berbadan dua

Sharing is caring!

Seperti wanita lain yang pertama kali berbadan dua, Hanis Zalikha bersyukur dan gembira bukan kepalang apabila disahkan hamil. Berita itu dikongsi suami Hanis, Hairul Azreen pada laman Instagram ketika mereka mengunjungi Jabal Rahmah, sewaktu menunaikan umrah, bulan lalu. Ketika itu, Hairul memberitahu peminat, isterinya hamil empat bulan. Menghubunginya baru-baru ini, Hanis memberitahu, suaminya sangat teruja dengan kehamilan itu. “Hairul paling teruja dengan kehamilan ini. Apatah lagi kami sukakan kanak-kanak. Dulu, kami fikir mahu mendahulukan soal kerja. Macam-macam kami rancang seperti menerbitkan program travelog dan lain-lain lagi. “Namun, masuk bulan kedua berkahwin, kami menyedari soal anak tidak boleh ditangguh,” katanya sambil menambah sangat lemah pada timester pertama kehamilan. Pada awal kehamilan, setiap makanan yang ditelan pasti diluahkan. Namun, Hanis bersyukur, keadaannya semakin stabil pada trimester kedua sehingga membolehkan beliau mengerjakan umrah bersama suami. Hanis memberitahu, dia dan suami juga tidak tahu jantina anak yang bakal dilahirkan. “Doktor yang membuat imbasan beritahu tidak jelas lagi jantina anak. Saya pun tak kisah. Cukuplah jika anak kami sihat. “Kalau dapat anak perempuan atau lelaki, saya okay saja. Cuma Hairul mahu anak pertama kami lelaki,” katanya. Menceritakan pengalaman menunaikan umrah, Hanis memberitahu, beliau dan suami berkunjung ke Palestin sebelum menjejakkan kaki di Madinah dan Makkah.

Leave a Comment