KECOH! Aplikasi Terbaru Shaheizy Sam Mendapat Kritikan Netizen

Sharing is caring!

Sebelum ini, pelakon Shaheizy Sam telah memperkenalkan aplikasi terbaru permainan telefom bimbit yang dinamakan Sam’s Ice Cream ketika majlis sidang media pengumuman perkahwinannya bersama Syatilla Melvin baru-baru ini. –KECOH! Shaheizy Sam Promosi Apps Terbaru Buat Peminat

Permainan ini mendapat sambutan hangat dari peminat Shaheizy Sam pada awalnya. Namun, permainan yang hampir atau menyerupai Candy Crush ini mendapat komen yang negatif apabila ada sesetengah individu tidak dapat memuat naik aplikasi tersebut.

Permainan telefon bimbit ini mendapat kerjasama dengan pihak Sembang Chat. Malah, dalam permainan ini mempunyai tahap yang berbeza-beza dan untuk ke tahap seterusnya, permainan ini akan mejadi semakin mencabar. Bukan itu sahaja, ia turut menyediakan hadiah yang istimewa untuk pengguna yang berjaya melepasi tahap yang tertentu.

Aplikasi permainan ini boleh dimuat naik di Play Store atau Apple Store secara percuma. Namun, yang kurang enak didengar apabila ramai pengguna yang tidak berpuas hati dengan aplikasi ini kerana mengalami masalah yang tertentu.Tetapi ada sesetengah pihak yang boleh menggunakannya tanpa masalah.

Apapun, semoga pihak Shaheizy Sam dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin sebelum ia berlarutan. Satu aplikasi yang menarik untuk para pengguna di luar sana. Siapa yang belum cuba boleh muat naik segera.

Leave a Comment