KECOH! Kehadiran Afgan Lebih Diterima Di Malaysia?

Sharing is caring!

Penyanyi Indonesia, Afgan bakal mengadakan persembahan dalam Konsert 5 Divo yang dijayakan bersama artis-artis terkenal iaitu Hazama, Hafiz Suip, Judika dan Taufik Batisah. Konsert tersebut akan diadakan pada 13 Februari depan.

Konsert yang menggambungkan penyanyi yang mempunyai kekuatan vokal tersendiri ini bakal mengegarkan industri muzik kita di Stadium Malawati, Shah Alam. Malah, bagi Afgan, dia tidak sangka dengan penerimaan peminat di Malaysia.

Namun, Afgan turut berasa bertuah kerana dipilih sebagai salah seorang ‘divo’ untuk beraksi dalam konsert ini.

Malah, Afgan berjanji akan memberikan satu persembahan yang berbeza untuk para peminatnya.

Dalam perkembagan terbaru, Afgan bakal mengeluarkan album terbaru tidak lama lagi. Terdapat lapan buah lagu baru yang diciptakan sendiri olehnya akan dimasukkan dalam album yang bakal dikeluarkan bulan April nanti.

Leave a Comment