Lee Byung Hun Pelakon Korea Pertama Dijemput Ke Anugerah Akademi

Sharing is caring!

AGENSI Lee Byung Hun iaitu BH Entertainment mengumumkan aktir itu telah dijemput hadir ke Anugerah Akademi ke-88.Acara tersebut bakal berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada 28 Februari depan.

Menurut laporan Soompi, Byung Hun merupakan pelakon Korea pertama yang di jemput ke acara berprestij dunia itu.

“Walaupun dia tidak dicalonkan untuk mana-mana kategori, namun jemputan itu adalah satu penghargaan buatnya,” kata jurucakap agensi tersebut.

Byung Hun sebelum ini pernah tampil menerusi filem G.I. Joe: The Rise of Cobra dan G.I. Joe: Retaliation sebagai Storm Shadow.

Leave a Comment