MESTI BACA! Inilah Komen Mengejutkan Vie Santie Mengenai Zizan Razak

Sharing is caring!

Angin tiada ribut pun tiada tup-tup tersebar kontroversi panas antara pelawak Zizan Razak dan bekas isteri Eizlan Yusof iaitu Vie Santie Harun yang dikatakan mempunyai hubungan akrab. Sebelum ini Zizan Razak pernah tampil memberi kenyataan menerusi Komen Zizan Razak Isu Dilihat Akrab Dengan Vie Santie Harun Bikin Panas! namun tiada pula kata balas dari Vie Santie Harun.

Setelah lama membiarkan gosip keakrabannya dengan pelawak terkenal Zizan Razak menjadi teka-teki, Vie Santie Harun akhirnya tampil menafikan dakwaan antara mereka punyai hubungan istimewa.

Vie Santie Harun menerusi laman Instagram miliknya berkata dia perlu memperbetulkan semua dakwaan yang tidak berasas itu dan segera dihentikan kerana ia memberi kesan kepada reputasinya.

Tambah Vie Santie Harun lagi, beliau dan Zizan Razak hanyalah teman biasa tambahan pula Zizan merupakan rakan kepada adik lelakinya.

Vie memohon agar gosip liar tersebut dihentikan segera bagi menjaga hati keluarganya, selain ingin menjalani hidup tanpa sebarang kontroversi.

Okay, segala persoalan telah pun terjawab, Vie Santie Harun pun dah tampil menjelaskan hal yang sebenar. Diharapkan agar pihak luar tidak terus memanjangkan hal ni. Henti-hentikanlah! Pelik juga renggang salah, akrab pun salah, mula lah dok fikir kot lain kan? Haihhh macam-macam hal!

Leave a Comment