Mukhriz sambut Najib di Langkawi

Sharing is caring!

Ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, petang tadi disambut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Gambar keduanya dirakam dan dimuatnaik oleh laman Facebook Mukhriz Mahathir Fans kira-kira jam 6.40 petang.

Najib dilihat sempat berbual dengan Mukhriz yang berbaju warna merah di tepi kenderaannya sambil disaksikan sekumpulan individu.

Keadaan politik di Kedah panas apabila beberapa pimpinan Umno Kedah diketuai Timbalan Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz dalam satu sidang media di Alor Setar, Kedah, Rabu lalu.

Dalam sidang media itu, mereka mendesak Najib melakukan perubahan pucuk pimpinan Kedah yang menurutnya dilihat gagal menggerakkan jentera Umno serta menjana ekonomi negeri.

Leave a Comment