Pekerja Minyak dan Gas Sengsara,Seorang Demi Seorang Di Buang Kerja

Sharing is caring!



Pekerja Minyak dan Gas Sengsara,Seorang Demi Seorang Di Buang Kerja

KUALA LUMPUR: Meskipun orang ramai gembira dengan penurunan harga minyak mentah, yang mengakibatkan harga minyak di pam turun, namun bagi sesetengah rakyat Malaysia ia suatu beban.

Ini terutamanya bagi mereka yang bekerja di sektor minyak dan gas.

Penyusutan harga minyak tidak hanya memberi kesan kepada pendapatan kerajaan tetapi turut dirasai pekerja minyak dan gas.

Ada antara mereka yang sudahpun diberhentikan syarikat minyak dan gas.

Petronas dalam kenyataan baru-baru ini mengumumkan akan meneliti semula status pekerja, gaji dan tempoh bekerja kakitangannya.

Di peringkat antarabangsa kebanyakkan syarikat besar seperti Shell, BP dan Technip mula melakukan pembuangan pekerja.

Pekerja di Labuan Merana

Di Labuan, salah seorang pekerja minyak dan gas yang enggan namanya didedahkan berkata syarikat seperti Schlumberger sudahpun memulakan proses pembuangan pekerja susulan kesan penyusutan harga minyak bermula 2015.

Responden yang ditemubual Astro AWANI merupakan salah seorang yang dibuang kerja.

“Alasan yang diberikan syarikat harga minyak menyusut dan mereka terpaksa mengurangkan pekerja.

“Seramai enam orang dibuang kerja hari yang sama saya dibuang kerja. Keesokkan harinya, tiga orang dibuang kerja. Dua hari sebelum ini pun masih ada pembuangan. Seramai 10 orang dibuang kerja dari bahagian saya,” katanya.

Selepas dibuang kerja beliau melakukan pelbagai kerja lain termasuk memandu lori sebelum kembali memasuki sektor minyak dan gas dengan sebuah syarikat tempatan.

Dengan kos sara hidup yang tinggi, beliau berkata kehidupannya berdepan cabaran dan terpaksa melakukan dua kerja bagi menampung perbelanjaan sekeluarga.

“Contohnya dulu saya boleh bawa anak-anak saya melancong. Sekarang ini susah. Kena berhati-hati dengan bajet.

“Kedua berkaitan dengan barang mainan. Kalau dulu, kereta alat kawalan jauh, basikal atau apa-apa pun, apabila mereka mahu, saya akan belikan. Sekarang ini saya terpaksa memberi tahu mereka bahawa kita kena tunggu hujung bulan dapat gaji baru boleh beli.

“Sebelum tidur malam saya kena berfikir macam mana saya boleh menjana pendapatan yang tidak akan jauh berbeza dari dulu,” katanya.


Turut senada, seorang lagi bekas pekerja Schlumberger yang dibuang kerja hampir menjual kereta miliknya kerana tidak mampu membayar pinjaman bank.

“Saya hampir jual kereta saya tetapi tidak terjadi. Sewaktu saya mengambil keputusan untuk menjual kereta, kebetulan saya dipanggil satu syarikat untuk kerja baru. Tapi gaji dia tidak sebesar mana, RM800 sebulan sahaja.

“Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menyimpan kereta itu. Sekiranya situasi masih sama, saya akan terpaksa jual kereta,” katanya.

Menurut beliau syarikatnya berkata, jika harga minyak meningkat, kemungkinan besar pekerja yang dibuang kerja akan diserap balik.

Dalam laporan terkini, Schlumberger melaporkan akan memotong lebih banyak pekerja susulan ‘pembatalan projek secara mengejut dan tidak berjadual’.

Ia turut melaporkan kerugian US$1 bilion pada suku keempat 2015 dan dijangka membuang 10,000 pekerja daripada 95 ribu sedia ada.

Pemotongan terkini ini adalah di atas 24,000 pekerja yang diberhentikan sejak November 2014.

Syarikat Potong Kos Operasi 

Felo Utama Sekolah Pengajian Siswazah Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia Datuk Dr John Antony Xavier, berkata pemain utama industri sedang memotong kos operasi dan kos perbelanjaan.

Ini seterusnya memaksa pemain kecil untuk mengikuti jejak langkah tersebut.

“Dengan situasi ekonomi yang tidak berapa stabil bagi sektor minyak dan gas, pemain utama membuat pemotongan kos dan syarikat-syarikat yang lain bergantung pada pemain utama.

“Ini kerana mereka membentuk sebahagian daripada rantaian bekalan dari segi perkhidmatan dan penyediaan peralatan dan mereka tidak mendapat keuntungan. Ini memaksa mereka melakukan pemotongan terutamanya dalam kos pekerja,” kata John.

Tambah beliau, harga minyak dijangka terus menyusut hingga akhir tahun dan mungkin hanya akan melihat peningkatan pada 2017.


‘Apa salah Petronas?’- Bekas pekerja Petronas buka mulut jawab tuduhan negatif netizen tentang syarikat itu

‘Apa salah Petronas?’- Bekas pekerja Petronas buka mulut jawab tuduhan negatif netizen tentang syarikat itu

“Apa Salah PETRONAS?”
.
Sejak kecoh tentang harga minyak dunia yang jatuh merudum, banyak sangat rumours tentang masa depan PETRONAS yang merupakan penyumbang UTAMA kepada budget negara.
.
Ada rumours yang cakap gaji staff PETRONAS akan dikurangkan sebanyak 10-30%.
.
Ada juga rumours yang cakap PETRONAS akan offer VSS kepada staff mereka untuk mengurangkan kos.
.
(Semuanya masih di peringkat RUMOURS selagi mana belum ada pengesahan daripada pihak PETRONAS sendiri.)
.
Yang saya pelik…
.
Kenapa ramai yang macam ‘suka sangat’ bila baca rumours tentang nasib staff PETRONAS?
.
Apa salah pekerja PETRONAS sampai ada yang PERLI dan KUTUK mereka seolah2 merekalah punca harga minyak dunia jatuh dan negara berhadapan dengan krisis kewangan?
.
Walhal masa ‘zaman kegemilangan’ harga minyak dunia, PETRONAS menyumbang dana yang sangat besar kepada negara.
.
Dan pekerja PETRONAS lah antara yang berkerja keras untuk memastikan perkara tersebut berjaya direalisasikan.
.
Jadi…
Apa salah PETRONAS?
.
Mereka dah banyak menyumbang kepada negara.
.
Duit takde sekarang bukan salah PETRONAS, tapi salah pihak yang menguruskan duit yang disumbangkan oleh PETRONAS.
.
Ada yang tak puas hati sebab pekerja PETRONAS kononnya gaji dan bonus besar sangat…
.
Percayalah…
.
Kerja di PETRONAS bukan kerja goyang kaki masuk lambat balik awal (lepas tu dapat gaji besar).
.
Ramai pekerja di PETRONAS yang masuk kerja awal (seawal jam 6.30 pagi) dan terpaksa pulang lewat malam.
.
Saya tau benda ni sebab saya pernah bekerja di PETRONAS selama 5 tahun.
.
Dan saya ada ramai kawan dan family members yang masih di PETRONAS.
.
Mereka masih bekerja keras; keluar awal pagi dan balik lewat malam untuk memastikan PETRONAS boleh bagi duit pada negara.
.
Adalah tidak adil dan tidak wajar untuk mengutuk dan memerli mereka seolah2 cabaran yang kita sedang lalui adalah salah mereka.
.
Sebaliknya sepatutnya kita BERSYUKUR mereka masih bekerja keras untuk negara.
.
Dan kita patut DOAKAN supaya masa depan mereka kekal cerah dan dipermudahkan oleh Allah.
.
Hari ini mereka sedang diuji.
Esok lusa, mungkin kita pula.
.
Sekian bebelan di pagi Jumaat.
.
Firdaus Azizi
Bekas Pekerja Oil & Gas smile emoticon
.
‪#‎PrayForPETRONAS‬
‪#‎PETRONASTakBersalah‬
.

Nota Kaki:

.
Kepada yang claim PETRONAS ‘curi’ hak orang Sabah dan Sarawak @ royalti…
.
Tolong faham bahawa PETRONAS takde kuasa nak tentukan berapa royalti yang dibayar pada setiap negeri.
.
Itu semua kuasa pemimpin yang dipilih oleh rakyat.
.
Hence…
.
Kalau nak ubah pembahagian royalti, kenalah ubah pemimpin @ kerajaan.
.
PETRONAS as a company takde kuasa.
Staff PETRONAS apatah lagi…
.
Ramai jer orang Sabah & Sarawak dapat kerja di PETRONAS dan company Oil & Gas lain.




Leave a Comment