Raja Farah Kongsi Berita Gembira… TAHNIAH!

Sharing is caring!

Alhamdulillah! Setelah hampir 5 bulan mendirikan rumah tangga, Raja Farah tampil dengan membawa perkhabaran gembira apabila beliau kini sah hamil dua bulan.

Berita kehamilannya itu diketahui selepas seminggu dari mengerjakan umrah bersama suami tercinta Iskandar Ismail dari 18 hingga 29 Disember lalu.

Raja Farah memanjatkan rasa syukurnya kerana doanya untuk hamil dimakbulkan.

Berita ini cukup menggembirakan saya dan suami kerana setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan cahaya mata.

Untuk pengetahuan, Raja Farah telah sah menjadi isteri kepada Iskandar Ismail pada tanggal 6 September lalu. Ia adalah perkahwinan kedua Raja Farah dan pernah berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada tahun 2010 namun jodoh mereka berkahir pada 25 Mei lalu tanpa dikurniakan cahaya mata.

Ditanya perasaannya bakal menjadi ibu, Raja Farah tidak mampu menyembunyikan kegirangannya kerana detik yang sudah lama ditunggu itu bakal menjadi kenyataan.

Apapun tahniah diucapkan buat Raja Farah dan suami. Memandangkan usia kandungan masih awal, diharapkan agar Raja Farah lebih berhati-hati dalam setiap pergerakan demi menjaga bayi yang dikandung itu selamat. InshaAllah!

Leave a Comment