Suspek langgar tiga individu pagi tadi ditahan

Sharing is caring!

Suspek merempuh sekumpulan enam individu hingga mengakibatkan tiga daripada mereka maut, ditahan di Balai Polis Trafik Jalan Bandar di sini, malam tadi.

Memetik laporan Berita Harian, perkara itu disahkan Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain.

“Suspek berusia 25 tahun itu ditahan selepas membuat laporan berhubung kemalangan itu pada jam 7.20 malam.

“Kita berjaya mengesan dia melalui tukang tarik kereta yang dia panggil menarik keretanya yang ditinggal di tepi Lebuhraya Kesas (Lebuhraya Shah Alam) dan dia akhirnya bersetuju datang untuk membuat laporan polis.

“Sejurus dia selesai membuat laporan, kita terus menahannya untuk membantu siasatan. Kita akan rekod keterangan dan jika ada keperluan untuk melanjutkan penahanannya, kita akan buat permohonan reman,” katanya.

Leave a Comment