Hazama akui ‘terkucil’, akur bisa vokal Dayang

Sharing is caring!

Penyanyi Hazama akur tewas di tangan Dayang Nurfaizah biarpun menyimpan impian membawa pulang trofi Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30).Hazama, 31, atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi berkata, Dayang Nurfaizah layak memenangi kategori itu kerana berjaya menambat hati penonton dengan kemantapan vokalnya. “Benar saya meletakkan sasaran untuk membawa pulang kategori vokal terbaik, namun saya menerima baik kemenangan Dayang. Tiada kecacatan pada suaranya untuk persembahannya malam tadi.”Saya meletakkan fokus pada suara kerana mempertaruhkan lagu Sampai Mati yang berentak balada. Apa yang penting saya sudah melakukan yang terbaik.”Saya akui sedikit ‘terkucil’ ketika membuat persembahan kerana keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan. Cacat cela itu lebih ketara kepada penonton di rumah.”Lumrah manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Segala kelemahan datang daripada saya dan yang baik pula daripada Allah,” katanya kepada BH Online. Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu Malaikat itu terkejut apabila dimaklumkan mengenai kemenangannya untuk kategori Persembahan terbaik Mentor Milenia.Penganjur AJL 30 iaitu pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Vida mengumumkan kemenangan Hazama ketika majlis sidang media program nyanyian itu. “Saya tidak tahu menahu mengenai anugerah itu. Namun saya bersyukur kerana rezeki datang dalam bentuk lain pula.”Biarpun tidak diberikan rezeki di pentas AJL30, namun Datuk Seri Vida membuat pengumuman istimewa pada sidang media tadi,” katanya.

Leave a Comment