Lawak Dikritik, Komen ‘Pedas’ Nabil Ahmad Bikin Panas!

Sharing is caring!

Sebelum ini, pelawak solo terkenal Nabil Ahmad sering dikritik gara-gara lawak yang ditampilkan itu. Malah ketika Nabil mengacara konsert Gegar Vaganza musim kedua pada tahun lepas telah menimbulkan pelbagai isu sehinggakan kononnya dia terpaksa membawa penapis ke pentas. – Punca Nabil Ahmad Bawa Penapis Di Pentas Gegar Vaganza 2!

Nabil Ahmad sering dikritik kerana lawak yang ditampilkan itu banyak menguris hati dan perasaaan orang. Malah ada yang menganggap lawak spontan dari Nabil ini kadang-kadang melampui batas.

Namun, ramai peminat yang masih menyokongnya dan sukakan lawak yang disampaikan kerana sempoi dan sangat mencuit hati. Bagi Nabil, kalau orang tidak suka menonton lawaknya, jangan tengok persembahannya. Bahkan bagi Nabil, terlepas cakap itu perkara biasa.

Bagi Nabil, dia tidak kisah dengan kritikan orang ramai dan percayakan diri sendiri. Kalau pihak produksi merasakan dia tidak bagus untuk menjadi pengacara tentu pasti dia tidak akan mendapat tawaran lagi.

Jadi menurut Nabil kalau orang tak suka melihat persembahannya, boleh cuba elakkan dari melihatnya.

Apapun, itu adalah pendirian Nabil. Jika ada antara anda yang tidak menyukainya boleh cuba elakkan dari menonton rancangannya.

Leave a Comment