Marsha, suami pilih Venice berbulan madu

Sharing is caring!

Mengambil kesempatan program Mentor Milenia kendaliannya ‘direhatkan’ sementara, penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh, 30, dan suami sempat berbulan madu di Itali. Marsha dan suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, 29, bersyukur selepas bernikah pada 31 Disember lalu, akhirnya mereka dapat bercuti dan meluangkan masa bersama. “Perancangan berbulan madu dibuat selepas saya diberitahu program Mentor Milenia tidak akan disiarkan minggu ini bagi memberi laluan kepada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30. “Saya bercuti mulai 19 Januari lalu hingga Selasa ini. Jadi kesempatan ini saya gunakan untuk bercuti di London, Venice dan Milan. “Paling istimewa, suami membawa saya menjejakkan kaki di bandar romantik, Venice buat pertama kalinya. “Cukuplah sekadar mencuci mata dan melihat pemandangan. Seperkara lagi yang menyeronokkan, kami pergi ke Milan dengan menaiki kereta api dari Venice,” katanya kepada BH Online menerusi aplikasi Whatsapp. Marsha berkata, peluang berbulan madu digunakan sebaiknya untuk meluangkan masa bersama suami tercinta apatah lagi apabila pulang kelak, masing-masing sibuk dengan komitmen tugas. Marsha dan Mohamed Shaiful Nizam selamat diijabkabulkan pada 31 Disember 2015 di rumah keluarga suami di Jalan Free School, Pulau Pinang. Majlis resepsi pula diadakan di Hotel Majestic, di sini pada 8 Januari lalu. Mereka berkenalan sejak 10 tahun lalu dan hubungan mula serius sejak dua tahun lalu.

Leave a Comment