Respon ‘Slumber’ Hazama Setelah Dayang Nurfaizah Diumum Vokal Terbaik AJL-30

Sharing is caring!

Semalam telah berlangsung Anugerah Juara Lagu ke-30 di Stadium Malawati, Shah Alam. Memang diakui setiap finalis yang berentak semalam telah membuat persembahan terbaik bagi merebut tempat dan gelaran masing-masing.

Sebanyak 12 buah lagu telah dipertandingkan semalam. Antaranya Malam Ini Kita Punya (Bunkface), Angin Kencang (Noh Salleh), Knock Knock (Elizabeth Tan), Biarkanlah (Drama Band), Not For Sale (Stacy & Altimet), Mana Mungkin (Black), Bukan Hal Aku (Kaka Azraff & Alif), Sampai Mati (Hazama), Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah) dan (Potret) Akim & The Majistret.

Juara Anugerah Juara Lagu ke-30 telah dimenangi oleh Akim & The Majistret (Potret), sementara itu Naib Juara pula telah dimenangi oleh Faizal Tahir dengan lagu Assalammualaikum. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Caliph Buskers lagu Hanya Namamu ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim.

Penyanyi Hazama akur tewas di tangan Dayang Nurfaizah biarpun menyimpan hasrat ingin membawa pulang trofi Vokal Terbaik pada Anugerah tersebut.

Hazama, 31, atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi berkata, Dayang Nurfaizah layak memenangi kategori itu kerana berjaya menambat hati penonton dengan kemantapan vokalnya.

Dalam perkembangan lain, Hazama dalam pada itu terkejut apabila dimaklumkan mengenai kemenangannya untuk kategori Persembahan Terbaik Mentor Milenia. Penganjur AJL 30 iaitu pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Vida mengumumkan kemenangan Hazama ketika majlis sidang media program nyanyian itu.

Leave a Comment