“Selagi Mukhriz Menteri Besar Selagi Itu Kita Akan Ambil Apa Yang Ada”…..Mukhriz Di Khianati ‘?

Sharing is caring!



“Orang Keliling” Punca Sebenar Kegagalan Mukhriz Di Kedah – AJK Bahagian:

JITRA  – Veteran UMNO Kubang Pasu, Abdul Manaf Kecik mengakui bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir merupakan seorang yang baik dan popular di mata rakyat, namun tersilap memilih penasihat dan para pegawai yang bekerja untuknya.
Jelas Abdul Manaf, ekoran tersilap memilih para pegawai yang disifatkan sebagai bermasalah itu, maka ia telah menjejaskan Mukhriz sekaligus menyaksikan kemelut kepimpinan di negeri Kedah.
“Mukhriz ini bagus, saya tak nafi dia satu manusia yang bagus tapi masalah sekarang orang keliling (para pegawai) dan Exco yang dia lantik itu tidak amanah.
“Setiausaha Politik dia, Datuk Azimi Daim (pernah) kata selagi Mukhriz Menteri Besar selagi itu kita akan ambil apa yang ada.
“Itu dia kata masa sambut Datuk Seri Zahid (Hamid) di lapangan terbang masa datang buat lawatan di negeri Kedah, macam itukah seorang setiuasaha politik cakap?” kata Abdul Manaf mempersoal sikap Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah yang dikatakan “sering terlepas cakap” itu.

MANAP.jpg
Justeru itu kata Abdul Manaf, kerana kegagalan itulah juga ramai pemimpin di peringkat negeri termasuk kepimpinan UMNO di Kedah tidak lagi rasa yakin dengan kepimpinan Mukhriz yang dikatakan lebih mendengar kata puluhan pegawai yang beliau pilih itu.
“Saya dengar dia (Mukhriz) ada pegawai khas sampai 20 orang tak tahulah, tapi kira hebatlah kalau seorang Menteri Besar ada sampai 20 orang pegawai,” katanya kepada sebuah portal, baru-baru ini.
“(Pandangan saya) Mukhriz jatuh disebabkan orang keliling dia, dan bukan disebabkan dia ini, saya cakap terus terang…,” tegasnya lagi.
Mengulas lanjut mengenai pencapaian Mukhriz, Abdul Manaf berkata, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah itu sehingga kini masih gagal memenuhi manifesto yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu.
Dia turut menyebut tentang Litar Lumba 1Kedah yang dijanjikan kepada “Genersi Y” ketika pilihan raya lalu, namun masih gagal dilaksanakan hingga kini.
Difahamkan bahawa litar berkenaan tidak diharapkan terlalu gah seperti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang memerlukan kos susulan dan penyelengaraan yang tinggi,  namun telah diubahsuai pelan tersebut sehingga menelan belanja hingga RM70 juta selain setaraf dengan prestij SIC.
Selain itu, AJK UMNO Bahagian Kubang Pasu itu turut mengesa agar pucuk pimpinan UMNO di peringkat pusat meneliti dan memikirkan calon yang benar layak untuk mengantikan Mukhriz agar polemik kepimpinan seperti itu tidak berulang lagi di Kedah. Kedahnews.comTun M Keluar UMNO, Andai Mukhriz Disingkirkan Sebagai MBLangkawi – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan akan keluar daripada Umno sekiranya pucuk pimpinan parti itu memutuskan untuk menyingkirkan anaknya daripada jawatan Menteri Besar Kedah.

Desas-desas tersebut tersebar sejurus selepas Tun Mahathir mengadakan perjumpaan tertutup bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Langkawi lewat petang tadi.
Tun Mahathir dikatakan kecewa dengan tindakan beberapa pimpinan Umno Kedah diketuai Timbalan Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah yang mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz dalam satu sidang media di Alor Setar, Kedah, Rabu lalu.
Mereka antara lainnya mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melucutkan jawatan Mukhriz sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri dan Menteri Besar Kedah.
Menurut desas-desus yang tersebar itu, Tun Mahathir dikatakan marah dan mengugut akan mengumumkan keputusan untuk keluar parti sekiranya Umno bertegas untuk melantik Menteri Besar yang baharu.
Dr Mahathir pernah mengumumkan keluar UMNO pada 19 Mei 2008 kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya pada masa itu, Tun Abdullah Abdullah Ahmad Badawi dan masuk semula UMNO setahun selepas itu.
Sementara itu portal myKMU.net melaporkan Kedah bakal mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya Rabu ini apabila 20 daripada 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk menggantikan Mukhriz.
Menurut sumber portal tersebut, kesemua mereka telah menyatakan taat setia kepada Najib selaku Presiden UMNO.
Mereka juga dikatakan bersedia menghadap DYMM Tuanku Sultan Kedah sekiranya dipanggil untuk menyatakan sokongan mereka terhadap keputusan tersebut. – SuaraTV




Leave a Comment