Arja Lee Sangkal Dakwaan Promosi Pakaian Dalam… PANAS!!

Sharing is caring!

Kecoh juga industri hiburan tanah air apabila pelakon Arja Lee telah dilanda kontroversi panas. Sebuah video telah dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya oleh individu yang tidak bertanggungjawab memaparkan aksi Arja Lee sedang melakukan kemahiran menimang bola sambil berseluar dalam. Sekaligus ia mengundang pelbagai persepsi dalam kalangan peminat terhadap diri beliau.

Ada yang mengatakan Arja Lee memuat naik video itu bertujuan untuk meraih perhatian, tidak kurang juga mengatakan untuk mempromosikan koleksi pakaian dalam yang bakal dijualnya tidak lama lagi.

Bagaimanapun Arja Lee menafikan dakwaan tewrsebut dan tidak pernah terfikir untuk mengeluarkan pakaian dalam sebaliknya akan mengeluarkan 5 helai baju yang akan dijualnya tidak lama lagi.

Arja Lee yang mengakui kesilapannya memohon maaf kepada semua peminat dan masyarakat di atas kekhilafannya.

Kesian Arja Lee kan, tak pasal-pasal kena aniaya. Haihhh! Siapa punya angkara la dah takde kerja sangat lah tu nak menjatuhkan orang.

Leave a Comment