Liyana Jasmay lahir anak kedua Jumaat lalu

Sharing is caring!

Pelakon, Liyana Jasmay, 27, selamat melahirkan anak perempuan keduanya pada 22 Januari lalu di Pusat Perubatan Prince Court, di sini. Seperti anak sulungnya, Sofia Arissa, 18 bulan, bayi seberat 2.92 kilogram itu turut dilahirkan secara normal. Bagaimanapun, hingga ke hari ini Liyana belum bersedia untuk berkongsi gambar cahaya mata keduanya bersama orang ramai. Aktres berkenaan juga belum memuatkan sebarang maklumat mengenai bayi itu di laman sosialnya. Menurut Liyana, dia hanya akan memperkenalkan wajah dan nama anak keduanya pada hari ketujuh kelahirannya. Berkongsi pengalaman melahirkan bayi terbabit, Liyana memberitahu semuanya berjalan lancar. “Syukur alhamdulillah, proses kelahiran kali kedua ini lebih mudah berbanding ketika melahirkan Sofia. Mungkin juga sebab saya sudah bersedia secara mental. “Namun bab kesakitan melahirkan anak itu sama saja. Cuma, proses kelahirannya ini lebih cepat berbanding anak pertama,” katanya. Menurut Liyana lagi, Sofia juga kini semakin membiasakan dirinya sebagai kakak. “Dia semakin bijak. Pantang nampak muka adiknya, dia nak cubit sebab geram,” katanya. Liyana berkahwin dengan ahli perniagaan muda, Fathudin Mazlan, 32, pada Februari 2013.

Leave a Comment