Menarik! Puteri Harbour menawarkan destinasi percutian keluarga

Sharing is caring!

Themed Attraction Resort dan Hotel melancarkan kempen ‘time.together’ bagi mempromosikan Puteri Harbour sebagai destinasi percutian santai seisi keluarga. Puteri Harbour yang terletak di Iskandar Puteri (dahulu dikenali sebagai Nusajaya) adalah destinasi pelancongan yang menawarkan pelbagai aktiviti dibawah satu bumbung untuk sesisi keluarga. Kempen ini dilancarkan adalah cara merapatkan hubungan keluarga semasa bercuti dengan melakukan aktiviti bersama. Malah di Puter Harbour, terdapat penginapan, Taman tema Hello Kitty terbesar di Asia Tenggara dan Thomas Town serta pelbagai restoran makanan dan kedai bei-belah di Little Red Cube. Beberapa projek terbaru ini dijalankan dengan kolaborasi antara Hotel Jen Puteri Harbour dan Sanrio Hello Kitty Town bagi memperkenalkan penginapan bertemakan ikon Hello kitty yang akan dilancarkan pada Februari ini. Malah Hotel Jen juga, menyediakan bilik berkonsepkan Hello Kitty. Selain itu terdapat juga, Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour juga menyediakan perkhidmatan feri ke Tanjung Balai dan Batam, Indonesia.

Leave a Comment