Pakai Jubah Hipster Itu Kurang Ajar – Sharnaaz

Sharing is caring!

Pelakon Sharnaaz Ahmad menegaskan dia tidak bersetuju dengan koleksi rekaan jubah rekaan beberapa pereka kerana sesetengah daripadanya dihasilkan dengan potongan terlalu ketat.

Memetik laporan Malay Mail online, Sharnaaz berkata, jubah merupakan baju keagamaan dan tidak boleh direka sesuka hati termasuklah baik si pereka atau si pemakai perlu mengetahui tentang adab memakai jubah.

“Ini adalah baju keagamaan jangan buat sesuka hati. Nak pakai baju ketat, pergi kelab bolehlah. Pakai baju ketat nak pergi jumpa Tuhan, engkau dah kenapa? Cara tak betul. Kita ada adab pemakaian dan adab segala adab”

“Kalau kita tak ada adab, itu dah kurang ajar. Bagi saya yang pakai jubah hipster itu kurang ajar dan penciptanya juga kurang ajar. Kalau nak ketat, buat baju kemeja ketat cantik-cantik,” katanya

Tegasnya lagi, dia juga tidak sesekali memakai pakai berkenaan yang disifatkannya terlalu ketat malah menjelaskan bahawa keselesaan adalah perkara utama dalam rekaan jubah yang baik.

“Jubah hipster potongan ke arah tidak selesa. Berat mata memandang. Nak buat macam mana kalau pereka kita otak singkat di zaman sekarang. Industri jubah dicemari dengan jubah hipster yang agak ketat dan merepek daripada pereka yang tak tentu”

“Saya tak akan pakai jubah yang terlampau ketat menunjukkan otot yang tak berapa nak tumbuh,” katanya.

Leave a Comment