Tahniah! ‘Potret’ Nyanyian Akim & The Majistret Dinobat Juara AJL Ke-30

Sharing is caring!

Semalam telah berlangsung dengan meriahnya Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL) bertempat di Stadium Malawati Shah Alam.

Tak sia-sia-sia persembahan memukau yang dipersembahkan oleh kumpulan Akim & The Majistret apabila kumpulan itu telah muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-30 sekaligus merangkul sebuah trofi dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000.

Selain itu, apa yang menarik Akim & The Majistret turut membawa pulang trofi Persembahan Terbaik sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM12,000. Pada persembahan semalam, Potret telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Malam Ini Kita Punya (Bunkface), Angin Kencang (Noh Salleh), Knock Knock (Elizabeth Tan), Biarkanlah (Drama Band), Not For Sale (Stacy & Altimet), Mana Mungkin (Black), Bukan Hal Aku (Kaka Azraff & Alif), Sampai Mati (Hazama) dan Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah).

Sementera itu, Naib Juara pula telah dimenangi oleh Faizal Tahir dengan lagu Assalammualaikum. Satu persembahan yang cukup memukau dan backdrop yang ditampilkan sangat menyentuh hati! Ia membolehkan dia membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM35,000.

Lagu Hanya Namamu ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim nyanyian Caliph Buskers memenangi tempat ketiga AJL 30. Mereka berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM20,000.

Manakala Dayang Nurfaizah sekali lagi diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik pada malam itu dan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Persembahan 12 finalis AJL 30 diadili seramai 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Manan Ngah, Sharon Paul, Cat Farish, Joe Flizzow, Ad Samad, LY dan Edrie Hashim.

Azmeer pula bertindak sebagai ketua juri pada acara itu.

Penghakiman dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.

AJL 30 disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam dihoskan oleh AG dan Fara Fauzana.

Ia dipancarkan oleh Pamoga dan Qu Puteh sebagai penaja utama.

Leave a Comment