Pada: Rabu, 27 Januari 2016
Aiman Hakim, Ayda Jebat, Fathia Latiff, Gossip Artis, Pelakon, Penyanyi, Putus Cinta,
Hubungan cinta yang dibina oleh Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza telah putus ditengah jalan. Dan dikhabarkan yang Ayda Jebat adalah punca perpisahan mereka yang sinonim dengan gelaran ‘orang ketiga’.
Bagi Ayda sendiri, memetik portal Bharian semalam, dia menafikan hal itu dan tidak tahu menahu dan ambil tahu mengenai hubungan mereka.
“Saya juga tidak pernah berhubungan dengan Aiman selepas kami selesai berlakon bersama dalam drama bersiri, Isteri Separuh Masa,”
“Saya tahu siapa diri saya dan saya yakin peminat juga faham dengan dakwaan seperti ini.
“Saya harap perkara ini tidak dibangkitkan lagi,” katanya kepada BH Online.
Tag : Aiman Hakim , Ayda Jebat , Fathia Latiff , Gossip Artis , Pelakon , Penyanyi , Putus Cinta