Detik Akhir…Mukhriz Sudah Kemas Barang

Sharing is caring!



Detik Akhir…Mukhriz Sudah Kemas Barang

“Saya sudah ‘kemas’ semua barang dan bersedia pindah sekiranya digugurkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah,” kata Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir pada satu majlis bersama penyokong-penyokongnya di Jerlun malam tadi.
“Saya tak akan lupa budi dan jasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputih, Datuk Abu Hassan Sharif dan ADUN Jitra, Datuk Aminuddin Omar yang setia bersama saya, terima kasih.
“Jika ditakdirkan saya naik ke atas satu hari nanti, saya janji akan bawa kedua-dua mereka untuk bersama saya, InsyaAllah,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada penyokong-penyongnya.
Mukhriz dalam sedar kedudukannya sebagai Menteri Besar genting apabila krisis politik dalaman UMNO di Kedah membuktikan hanya tinggal dua ADUN tersebut sahaja yang masih menyokongnya.
“Saya dah pun beritahu isteri bahawa saya dah pun mengemas barang-barang di pejabat sebagai persediaan untuk keluar.
“Apa pun yang berlaku adalah takdir dalam hidup saya tetapi matlamat perjuangan saya untuk bangsa, agama dan negara tidak sedikitpun terjejas,” ujarnya. – MalaysiaGazette




Leave a Comment