Disamakan Dengan ‘Ayam Belanda’, Fara Fauzana Beri Komen PEDAS Buat Netizen!

Sharing is caring!

Sejak Ahad lalu, menjadi viral di laman sosial apabila kecoh sepersalinan kedua yang dipakai Fara Fauzana berwarna hitam dipadankan dengan tudung merah disamakan dengan ‘ayam belanda’ oleh netizen ketika mengacarakan Anugerah Juara Lagu ke30 (AJL30).

Malah, sekeping gambar yang meletakkan Fara bersebelahan dengan karakter animasi haiwan berkenaan tersebar beberapa minit selepas personaliti radio itu muncul di pentas dengan pakaian terbabit.

Tidak cepat melatah apabila disamakan seperti itu, Fara Fauzana bagaimanapun tampil meminta agar peminat tidak menyalahkan pereka fesyen Rizalman Ibrahim.

Sementara itu, mengenai kritikan terhadap gaya pengacaraan pada acara terbabit, Fara yang mengendalikan AJL30 bersama AG, enggan memanjangkan perkara berkenaan.

Leave a Comment