Zizan Razak Berubah Hati, Ingin Fokus Kepada Keluarga!

Sharing is caring!

Pelawak dan juga pelakon popular Zizan Razak, sering kali dikaitkan dengan ramai gadis tetapi sampai sekarang masih belum ada kata putus dari Zizan mengenai bakal isterinya.

Sebelum ini, Zizan dikaitkan dengan bekas isteri Eizlan Yusoff,  Vie Santie Harun malah dia juga telah memberikan Komen Isu Dilihat Akrab Dengan Vie Santie Harun. Sehingga kini gosip itu mendapat perhatian orang ramai.

Namun, bagi Zizan, kini dia tidak mahu mengaitkan dengan mana-mana wanita malah dia ingin menjaga keluarga serta perniagaannya, Zizan Mall.

Zizan yang baru sahaja selesai dengan persembahan teater Biker Kental di Istana Budaya baru-baru ini mengatakan mengenai soal jodoh biar Allah tentukan segalanya.

Apapun, kami mendoakan semoga Zizan bakal ditemukan dengan calon yang sesuai dengan dirinya.

Leave a Comment