Aaron Aziz sekali lagi diserang pneumonia

Sharing is caring!

Keadaan pelakon, Aaron Aziz semakin baik selepas dia sekali lagi diserang penyakit pneumonia, baru-baru ini. Isteri yang juga pengurusnya, Diyana Halik, berkata penyakit sama pernah dialami Aaron beberapa tahun lalu ketika mengacarakan program Fear Factor Selebriti Malaysia. Berikutan penyakit itu, Aaron terpaksa menangguhkan seketika penggambaran Tentang Hati 2 bagi siaran RTM terbitan Global Station yang turut dibintangi Fasha Sandha dan Sherry Ibrahim. Aaron turut dimasukkan ke sebuah hospital di sini sejak semalam. “Dia sudah makin okey. Hari ini dia dijangka balik rumah untuk berehat. Tak tahulah berapa lama doktor akan bagi cuti untuknya,” kata Diyana kepada BH Online. Sementara itu, Aaron di laman Instagram sekitar 21 jam lalu memohon maaf kepada produksi dan pelakon terbabit kerana masalah kesihatannya. “Terima kasih atas doa semua. Saya rasa bersalah sangat kepada produksi dan pelakon kerana dugaan ini,” katanya.

Leave a Comment