KECOH! Inilah Punca Minat Berlakon Sara Ali Makin Pudar Terbongkar!

Sharing is caring!

Pelakon Sara Ali yang kini tampil dengan imej terbaru ini telah mengejutkan ramai orang. Malah bagi Sara Ali, Hidayah Milik Allah! Apabila melihat GAMBAR Terkini Sara Ali Tampil Ayu Mengenakan Hijab sejuk hati memandang.

Paling mengejutkan, Sara Ali mengakui bahawa dia kurang berminat untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon atas sebab tertentu. Bukan sebab merajuk atau kecewa dengan sesiapa, tetapi keinginan itu makin kurang.

Namun, jika diberi tawaran berlakon dengan watak yang sesuai, Sara tidak akan menolak dan akan pertimbangkan tawaran tersebut.

Apabila berbicara mengenai imej terbaru Sara, dia mengatakan bahawa hasrat untuk berhijab sudah lama dipendam. Cuma Sara memerlukan masa yang sesuai untuk tampil dengan imej berhijab. Kini masuk sahaja tahun baru, Sara membuat keputusan untuk berhijab penuh.

Sara yang kini fokus kepada bidang perniagaan dengan membuka syarikat khidmat nasihat untuk membantu masyarakat bersama kawan-kawannya.

Malah, Sara juga mengakui bahawa dia bakal menjadi pengarah filem jika berkesempatan dan menghasilkan filem yang bermutu.

Semoga usaha murni Sara Ali dengan membuka perniagaan tersebut dapat membantu masyarakat yang memerlukan.

Leave a Comment