Imbas detik indah

Sharing is caring!

Bersempena tahun baru ini, Watsons Malaysia membuka tirai 2016 dengan mengadakan kempen Tahun Baru Cina yang dilancarkan di The Roof, Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Turut dilancarkan adalah video muzik lagu berjudul Happy Beautiful Year menampilkan lebih 20 selebriti terkenal tempatan antaranya Amber Chia, Leng Yein, Point Blanc, Datuk Lai Meng, Datuk Kee Hua Chee, Nadine Ann Thomas, Nadie Heng, Hansen Lee, Juwei, Shazril Shaharuddin, Reem Shahwa, Mark O’Dea, Nancy Marcus, Livonia Ricky, Stevensunny dan Willy Tan.

Ketua Pemasaran Watsons Malaysia Danny Hoh berkata, Tahun Baru Cina adalah satu daripada kempen penting mereka untuk terus menarik perhatian pelanggan.
Katanya, selain inovasi produk yang dijual di setiap kedai sempena perayaan itu, mereka mahu menyampaikan mesej mengenai kecantikan luaran dan dalaman.
“Kami juga mahu menekankan mengenai diversiti yang wujud di negara ini apabila setiap rakyat hidup dalam keadaan penuh harmoni,” katanya.
Danny berkata, muzik video berkenaan juga bertujuan mengimbas semula kenangan indah lalu yang menggabungkan nyanyian, tarian dan muzik sekali gus mencetus kepada keseronokan dan lawak jenaka.
Video muzik yang disiarkan di TV serta YouTube dan Facebook Watsons Malaysia itu setakat ini menerima tontonan lebih 300,000 dan 3,700 kongsian dalam tempoh hanya 48 jam!
Kemuncak pelancaran kempen itu adalah persembahan secara langsung lima watak utama muzik video Happy Beautiful Year iaitu Annie Pang, Choong Lai Chan, Julie Chew, Vivian How dan Winnie Ho.
Mereka dipilih selepas beberapa peringkat uji bakat oleh produksi terkenal Woo Hoo Pictures dan pihak pemasaran Watsons.
Kempen Happy Beautiful Year juga tidak ketinggalan meraikan golongan ahli VIP Watsons.
Untuk tahun ini, hadiah berjumlah RM1 juta disediakan menerusi peraduan gores dan menang kepada ahli yang berbelanja RM50 ke atas dalam satu resit.
Selain itu, ahli VIP boleh memenangi mata sehingga 788,888 dan tidak terkecuali buat pelanggan yang baru mendaftar sebagai ahli VIP.
Seramai lapan pemenang bertuah juga dicari untuk diberikan hadiah berupa baucar Restoran Oriental berjumlah RM800.
Pelanggan lain juga boleh menikmati diskaun pembelian sehingga 50 peratus bermula 21 Januari lalu. Pelbagai hadiah menarik juga menanti pembeli yang berbelanja sepanjang Tahun Baru Cina termasuk sampul merah beraneka rekaan dan edisi kulinari eksklusif.

Leave a Comment