Misteri Batu Nabau…Batu Putih Yang Bertukar Menjadi Ular Gergasi Terungkai

Sharing is caring!



TAHU KAH ANDA AKAN Misteri Batu Nabau!!!

INI ADALAH ADALAH CERITA NYA YANG PASTI ANDA AKAN TERKEJUT AKAN MISTERI DAN SEJARAH DIA YANG: Misteri Batu Nabau!!!

Batu Nabau terus menjadi misteri meskipun kisah mengenainya seringkali mendapat paparan media dari dalam mahupun luar Bumi Kenyalang.


Justeru itu,tidak hairanlah jika pengunjung tidak melepaskan peluang berkunjung ke Bukong terletak kira-kira 50 meter dari rumah Nyalau Muang,Engkilili.

Kira-kira sejam perjalanan dari bandar Sarikei. Ini kerana disinilah terletaknya ‘Nabau’ merupakan satu-satunya bongkah batu menyerupai seekor ular gergasi dipercayai berusia lebih 1000 tahun.

Panjang batu ini melebihi 9 meter manakala ukuran lilitnya pula kira-kira 2 meter.Mereka yang pertama kali melihatnya pasti merasa gerun dan terpegun kerana memang kelihatan seperti seekor ular yang seakan-akan menanti mangsa.

Seorang pengunjung Sirat Marikan,45,berkata;panjang sebenar batu itu tidak diketahui kerana bahagiannya terbenam jauh ke dalam tanah.

  Rumah panjang Nyalau terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari pekan Engkilili.

Bagaimanapun untuk ke lokasi batu itu,pengunjung perlu mendaki dan menuruni sebuaj bukit dari Rumah Nyalau.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit,katanya.

                            IMG_1964

Penduduk tempatan mendakwa batu berkenaan pada asalnya berwarna putih dan berubah dengan sendirinya kepada corak yang seakan-akan ular. Sehubungan itu,Joseph Miral,81 berkata,

masyarakat Iban tempatan percaya bahawa batu terbabit mempunyai kisahnya yang tersendiri.”Sehingga kehari ini tidak ramai yang mengetahui tentang kisah sebenar batu ini.

Ia hanya batu biasa tetapi mungkin juga ada cerita disebaliknya. Oleh kerana itu,sesiapa pun yang datang ke sini dilarang sama sekali bercakap besar.Jangan sesekali ‘menganggu’ samada secara lisan mahupun melontarkan objek kesini.Buruk padahnya jika pantang larang ini diengkari.

“Pada zaman dahulu ada seorang budak nakal pernah kencing diatas batu ini.Tidak lama kemudian dia hilang secara misteri selepas dipercayai terjatuh ketika dalam perjalanan pulang.Hingga ke hari ini budak lelaki itu gagal dikesan”.

“Dalam satu kejadian lain,seorang kanak-kanak jatuh sakit slepas melontarkan batu ke arah batu ini.Penduduk cuba merawatnya tetapi gagal. Menurut cerita orang  tua,kanak-kanak itu akhirnya berjaya dipulihkan selepas penduduk melakukan upacara Miring berhampiran batu berkenaan katanya”.

                            nabau 2

Menurut Joseph kewujudan batu itu tersebar selepas seorang lelaki berketurunan Siam mendakwa bermimpi sehingga akhirnya menjadikan mimpi bertemu Ular Gergasi yang disumpah menjadi batu.

Mimpi misteri itu mendorong  lelaki itu mencari dan akhirnya berjaya menjumpai ular itu.

Selepas itu cerita ini mula tersebar dari mulut ke mulut sehingga akhirnya menjadikan batu ini terkenal dikalangan pengunjung




Leave a Comment