Zizan dan Vie makin akrab

Sharing is caring!

Sebelum ini Zizan menafikan dia bercinta dengan bekas isteri Datuk Eizlan Yusof, Vie Shantie Haron sebaik cerita mengenai hubungan intim mereka hangat diperkatakan.
Begitupun, pelawak dan pengacara itu tidak menafikan mereka memang mengenali antara satu sama lain dan berkawan baik.
Hendak diikutkan, Zizan dan Vie sendiri tidak berselindung membabitkan hubungan baik mereka, cuma sebelum ini timbul salah faham mengatakan mereka menyulam kasih. Vie juga sebelum ini dilihat hadir menyaksikan teater Bikers Kental yang dibintangi Zizan.
Terbaru, ada teman Cik Pang terserempak dengan Zizan dan Vie di panggung wayang. Perkara itu bukan kali pertama tetapi sudah tiga empat kali juga.
Rupa-rupanya antara aktiviti yang digemari untuk dilakukan bersama-sama dua sahabat baik ini adalah menonton filem di pagawam.
Jadi, betullah kata Zizan yang dia dan Vie memang tidak bercinta dan cuba menyembunyikan hubungan baiknya dengan janda Eizlan itu.
Kalau dia mahu menyembunyikan, tidak mungkin mereka berdua keluar bersama di khalayak umum dan pergi menonton filem di pawagam.
Cik Pang tanya juga dengan teman yang terserempak dengan pasangan ini, bagaimana situasinya Zizan sewaktu keluar dengan Vie. Adakah mereka rapat-rapat, cakap berbisik dan berpegangan tangan.
Kata teman Cik Pang, dia tidak nampak pula perlakuan mereka begitu atau kelihatan tanda seakan-akan mereka memadu asmara.
Begitupun, apabila membicarakan soal Zizan dan Vie ini terang teman Cik Pang, sebenarnya ramai orang tidak kisah kalau benar mereka bercinta sekali pun.
Sebab masing-masing solo dan Vie pula tidak lagi bergelar isteri orang. Menikahi ibu tunggal itu dengan niat mahu membantunya, besar rahmatnya.
Cik Pang hanya menganggukkan kepala tanda setuju apabila mendengar kata-kata teman itu tadi.

Leave a Comment