(7 Gambar) Abang Maut Dihempap Pikap, Paha Berlipat Atas Perut

Sharing is caring!


(7 Gambar) Abang Maut Dihempap Pikap, Paha Berlipat Atas Perut
(7 Gambar) Abang Maut Dihempap Pikap, Paha Berlipat Atas Perut

“Kami terpaksa mengangkat mangsa lelaki berhati-hati memandangkan paha kanannya patah dan berlipat di atas perutnya.


Dia ketika itu tidak sedarkan dan kepalanya berlumuran darah,” kata Mohd Adam Alwi, 45, saksi kejadian kemalangan maut di Kilometer 67, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Batu Tiong, di sini, semalam.
Dalam kemalangan jam 11 pagi, Wan Mohd Khairuddin Wan Mohamed, 36, maut sejurus kereta Perodua Myvi dipandu adiknya dirempuh pacuan empat roda.
Adiknya, Saadiah Wan Mohamed, 20, dan ibunya, Salbiah Hussin, 56, yang duduk di sebelah penumpang depan parah dalam kejadian itu.
Mohd Adam berkata, dia minum di warung berhampiran sebelum terdengar bunyi dentuman perlanggaran.
“Saya bergegas keluar dari kedai dan mendapati dua kenderaan remuk. Saya lihat penumpang kereta Myvi meraung kesakitan selepas perutnya tertikam serpihan papan pemuka kenderaan,” katanya.
Menurutnya, dia bersama penduduk kampung berusaha mengeluarkan penumpang belakang kereta terlebih dahulu memandangkan keadaan mangsa kritikal.
“Tidak lama kemudian, saya dimaklumkan mangsa meninggal dunia sebaik tiba mendapatkan rawatan di Hospital Dungun,” katanya.

nahas1.jpg

nahas2.jpg

nahas3.jpg

nahas4.jpg

nahas5.jpg

Difahamkan, tiga beranak terbabit dari Taman Sungai Jeluk, Selangor dan dalam perjalanan ke Kuala Terengganu menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka.
Kejadian berlaku apabila kereta Perodua Myvi terbabit bertembung pacuan empat roda model Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 23 tahun dari Kuala Terengganu.
Rempuhan kuat itu menyebabkan kenderaan pacuan empat roda terbabit terbalik dalam keadaan keempat-empat tayarnya ke atas.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI








Leave a Comment