Shaheizy, Syatilla selamat bertunang

Sharing is caring!

Sehari sebelum majlis akad nikah, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin selamat mengikat tali pertunangan. Majlis pertunangan yang berlangsung secara tertutup di kediaman keluarga Syatilla bermula kira-kira jam 9 malam tadi, di sini, hanya dihadiri ahli keluarga dan saudara terdekat kedua-dua keluarga. Syatilla anggun mengenakan busana berwarna rona merah bata, manakala Shaheizy segak mengenakan baju kurta warna sedondon. Keluarga Syatilla diwakili abang iparnya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, manakala keluarga Shaheizy diwakili bapa saudaranya, Muhammad Abdul Hamid. Pasangan itu akan bernikah pada jam 9 malam, esok.

Leave a Comment