PENYANYI berketurunan Cina, Elizabeth Tan menyatakan salah satu daripada impiannya sejak kecil adalah menyertai pertandingan ratu cantik.
Namun dia tidak meneruskan cita-citanya itu kerana berasa kurang tinggi serta tidak mempunyai keyakinan diri yang cukup.
“Saya memang teringin menyertai pertandingan ratu cantik sejak dahulu lagi tetapi saya tidak mempunyai tinggi yang cukup dan keyakinan diri agak kurang,” katanya, seperti disiarkan portal gosip Rotikaya.
Selain itu, penyanyi berusia 23 tahun itu juga mahu menjaga sensitiviti peminat-peminatnya terutama yang berbangsa melayu dan beragama Islam kerana umum mengetahui pertandingan sedemikian memerlukan pesertanya memakai pakaian mandi.
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih. |