Ken Watanabe bertarung dengan kanser

Sharing is caring!

Aktor Jepun, Ken Watanabe, calon Anugerah Academy atas lakonan mantap dalam filem The Last Samurai dan mendapat pujian ketika pementasan Broadway The King and I, kini bertarung dengan kanser dan terpaksa membatalkan hasrat untuk kembali beraksi di pentas. Watanabe yang tegap dan kacak yang lebih 20 tahun lalu terselamat daripada dua serangan leukemia, disahkan menghidap kanser bulan lalu dan menjalani pembedahan. “Saya amat terkejut, isteri saya dan anak perempuan meminta saya menjalani pemeriksaan kesihatan dan kanser itu dikesan. Ia adalah peringkat yang amat awal dan dibedah dengan segera. “Saya akan berehat pada Februari ini, jadi ketibaan saya di New York dijangka lewat,” katanya. Watanabe, 56, muncul pelakon Jepun pertama dicalonkan bagi Anugerah Tony Award atas persembahannya pada 2015 sebagai raja dalam The King and I menerusi Broadway.

Leave a Comment