Kisah industri muzik 70-an

Sharing is caring!

Stesen televisyen HBO akan menyiarkan siri muzikal, Vinyl: Music From the HBO Original Series – Volume 1 yang mengisahkan industri muzik pada era 70-an pada 15 Februari ini di saluran Astro 411, jam 10 malam.
Bersiaran serentak de­ngan Amerika Syarikat, muzikal 10 episod itu memaparkan muzik punk, disko dan hip hop pada zaman terbabit dari sudut pandangan Richie Finestra.
Berlatarkan suasana di New York, saksikan bagaimana Finestra, presiden sebuah syarikat rakaman berusaha menyelamatkan perniagaannya.
Siri ini dibintangi Bobby Cannavale, James Jag­ger, Olivia Wilde, Ray Romano, Ato Essandoh, Max Casella, PJ Byrne dan JC MacKenzie.
Mempersembahkan 18 lagu baru dan lama, Vinyl turut menampilkan artis legenda David Johansen yang menyusun semula dua muzik klasik nya­nyian kumpulan New York Dolls khas bagi siri ini.
Antara penyanyi dalam siri ini adalah Sturgill Simpson, Ty Taylor, Dee Dee Warwick, Ruth Brown, Soda Machine dan Kaleo.
Menariknya, lagu asal Rotten Apple ciptaan pelakon James Jagger bersama Mick Jagger, Luis Felber dan James Dunson dinyanyikan kumpulan Nasty Bits.
Siri akhir Vinyl: Music From the HBO Original ­Series – Volume 1: Finale akan disiarkan pada April ini.

Leave a Comment