Mat Sabu ‘mengamuk’ baling mikrofon atas pentas

Sharing is caring!

Ucapan berapi! Itulah yang boleh digambarkan tatkala Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyampaikan ucapannya bersempena ‎dengan himpunan setahun pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan penjara Sungai Buloh semalam.

Lebih dramatik Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu membaling mikrofon tatkala habis sahaja ucapannya.

Memulakan ucapan dengan ‘aku memohon maaf’ dan ‘kita semua penakut’ ucapan Mat Sabu mendapat sorakan daripada hadirin yang hadir dalam perhimpunan itu.

“Saya memohon maaf kerana anak saya empat orang semuanya sudah bergelar mahasiswa. Mereka tidak menjadi seperti mahasiswa di Indonesia, saya memohon maaf, pengikut kita banyak daripada petani dan nelayan walaupun mereka ditindas mereka tidak keluar berdemontrasi seperti di Thailand.

“Kami lemah kenapa kita tidak mengikut arus rakan-rakan kita di Filipina, Indonesia, Burma, kita ketinggalan kerana kita penakut. Ya paling lama kita berkumpul 24 jam di Kuala Lumpur tiga hari,” katanya.

Himpunan Bebaskan Anwar diadakan bersempena dengan 365 hari Anwar dipenjarakan.

Anwar dihukum penjara lima tahun pada Februari lalu kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan  yang berusia 23 tahun ketika kesalahan itu dilakukan pada 2008.

Leave a Comment