Hati-hati….Lagi Bayi Zika Lahir

Sharing is caring!



Hati-hati….Lagi Bayi Zika Lahir

Perlu di ingat…sesiapa yang dijangkiti zika bukannya hina,kerana ianya adalah satu penyakit pembawaan nyamuk,sama juga aedes,denggi dan malaria…penyakit ini juga dibawa oleh nyamuk,cuma ianya tidak melibatkan janin dalam kandungan…so…sendiri mau ingat la..jaga kebersihan kawasan rumah..sama-sama cegah nyamuk

SYDNEY: Seorang wanita yang sedang hamil disahkan dijangkiti virus Zika di Australia, menurut para pegawai hari ini (10 Feb) sambil menambah bahawa penyakit itu dijangkiti ketika wanita itu berada di luar negara.
Kerajaan Australia menggesa rakyat wanita yang hamil supaya mengelak kawasan di mana virus Zika menular kerana ia disyaki menyebabkan kecacatan pada otak bayi yang dipercayai bermula di Brazil. 
“Seorang wanita dijangkiti virus itu di tenggara Queensland semalam selepas baru sahaja pulang dari luar negara,” menurut Jabatan Kesihatan Queensland dalam satu kenyataan.
“Wanita itu sedang hamil. Ini bukanlah kes jangkitan di dalam negeri.” 
Ini merupakan kes ketiga yang disahkan di Queensland tahun ini, walaupun salah satu daripada kes yang disahkan, iaitu seorang wanita yang baru sahaja pulang dari El Salvador didapati menjangkiti virus itu pada 2015. 
Tiada satu pun kes Zika di Australia dijangkiti di negara itu sendiri, yang selalunya menunjukkan tanda-tanda jangkitan seperti selsema dan ruam. 
Para saintis mengesyaki, apabila virus Zika menjangkiti wanita hamil, ia boleh menyebabkan bayi dalam kandungan mengalami masalah microcephaly – menyebabkan bayi yang baru lahir mempunyai saiz kepala yang lebih kecil dari biasa.
Beberapa kes Zika yang dilaporkan di Australia disebabkan oleh mereka yang pulang dari luar negara namun risiko wabak di negara itu dianggap rendah.  




Leave a Comment