Pertunjukan Udara Gimik Konsert Search Yang Bernilai RM2 juta

Sharing is caring!

Berlainan dengan konsert-konsert Search sebelum ini, konsert kumpulan lagend Rock tanah air yang akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 9 April depan bukan saja sempena meraikan ulang tahun ke-35 tahun penubuhan mereka di persada muzik tempatan namun ia bakal ditampilkan dengan beberapa kejutan istimewa dan luar biasa termasuklah pertunjukan udara oleh syarikat penerbangan umum, Afjets Sdn Bhd.

Menurut Pengarah Eksekutif AFJets, Amrul Nizar Anuar selaku penaja berkata, pihaknya membelanjakan lebih RM 2 juta bagi menjayakan konsert istimewa tersebut.

“Kosnsert Search kali ini boleh dikatakan sebagai sebuah konsert terbesar, terberat dan terbising serta menelan belaNJA mencecah lebih RM2 juta.

“Antara gimik yang dirancang termasuklah pertunjukan udara, tetapi setakat ini kami tidak boleh berkongsi lanjut mengenai itu kerana ianya merupakan satu kejutan pada hari konsert tersebut,”ujarnya ketika ditemui pada sidang media Konsert Search 35 Tahun yang diadakan di Redland Terminal Centre & Hangar Complex, malam tadi.

Selain menampilkan gimik luar biasa yang semestinya memberikan sesuatu di luar jangkaan untuk diingati peminat, turut dijalankan beberapa aktiviti yang berbentuk “tribute flashback” dan peminat berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik.

Perjalanan atur masa flashback ini bukan sahaja membawa peminat menerawang dengan lagu-lagu hits mereka tetapi juga balik semula kepada jalur masa perjalanan awal hingga kini Search.

“Kegemilangan Search dan perjuangan mereka di dalam industri muzik rock di Malaysia sentiasa akan diingati dan dihargai. Beberapa aktiviti yang berbentuk tribute flashback bersama peminat Search juga telah dirancangkan beserta hadiah-hadiah menarik bagi tujuan promosi untuk menjayakan konsert tersebut,” tambahnya lagi.

Majlis sidang media tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Bunkface, Hazama, Pita Hati dan Akim & The Majistret.

Sementara itu, vokalis utama kumpulan tersebut, Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy berkata perancang konsert ini telah dibuat sejak mpat bulan lalu menghargai para peminat yang setia menyokong mereka selama lebih tiga dekad.

Disampig, pemilihan lagu-lagu yang dinyanyian malam konsert itu juga berbeza dan akan menceritakan perjalanan selama 35 tahun mereka dalam industri seni muzik.

“Konsert ini merupakan sudah pasti ia berbeza daripada konsert yang pernah kami jayakan sebelum ini. Rancangan ini sudah dilakukan sejak empat bulan lalu dan sudah pasti kami akan buat yang terbaik untuk konsert yang dijangka terbesar pernah dianjurkan di negara ini.

Kami masih lagi berbincang dan mencari lagu yang terbaik untuk dinyanyikan pada malam tersebut, sememangnya susunan lagu itu menceritakan perjalanan kami selama 35 tahun dalam industri.

“Kita sudah biasa bawa lagu-lagu yang sama pada setiap konsert, kali ini kita akan cuba bawa lagu yang jarang dibawa pula,

“Buat masa ini kami masih lagi berbincang dan mencari lagu yang terbaik untuk dinyanyikan pada malam tersebut, sememangnya susunan lagu itu menceritakan perjalanan kami selama 35 tahun dalam industri,” ujarnya mewakili anggota lain iaitu Yazid (dram), Nasir (bes), Nordin (gitaris) dan Kidd (gitaris).

Bukan hanya sekadar menggamit kenangan dan memori yang tetap segar dalam lipatan sejarah, namun konsert di bawah lembayung ulang tahun ini merupakan sebuah lagi penyataan tentang kumpulan ini yang dinamakan The Living Legend. Penyataan yang datang bersama tanda aras tersendiri dalam setiap sesuatu yang dilakukan Search.

Tiket-tiket sudah mula dijual hari ini dengan harga RM135, RM288, dan RM899. Maklumat lanjut, layari www.tiketpro.com.my

Leave a Comment