Adel Belum Sedia Komen Isu Kekasih Berstatus Suami Orang

Sharing is caring!

Penyanyi Adel, 23, enggan mengulas gambar mesranya dengan lelaki berstatus suami orang yang tersebar di Internet, baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, finalis program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF2014) itu juga meminta maaf dan memohon diberikan masa untuk membuat penjelasan.

“Beri saya masa untuk membuat penjelasan. Setakat ini, saya tak mahu mengulas apa-apa.

“Saya minta maaf. Biarlah perkara itu hanya diketahui oleh saya dan orang yang dikaitkan.

“Apabila tiba masa yang sesuai nanti saya akan bercakap mengenainya. Kita tengok sajalah apa yang akan berlaku seterusnya,” katanya.
.
Penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu dikaitkan dengan seorang kontraktor yang juga bapa kepada tiga anak, malah Adel turut didakwa menjadi punca kepada keretakan rumah tangga lelaki terbabit.

Leave a Comment