Liziane saman Breezy kerana 3M

Model Brazil Liziane Gutierrez mengemukakan saman terhadap penyanyi Chris Brown atas dakwan memukul, mencuri dan memfitnah.

Liziane bertindak demikian selepas polis dikatakan enggan melakukan siasatan berikutan kurang bukti terhadap Brown.
Menurut portal TMZ, Liziane mendakwa Brown, 26, atau salah seorang dalam kru penyanyi itu memukul mukanya serta turut mengambil telefon bimbit miliknya.
Pada 31 Disember lalu, wanita itu mendakwa menghadiri parti anjuran Brown di sebuah bilik di Palms Hotel and Casino, Las Vegas.
Portal itu melaporkan Brown bertindak mengasari dan kemudiannya menghalau model terbabit keluar selepas menyedari wanita terbabit mengambil gambarnya.
Tidak cukup dengan itu, Brown turut memuat naik video menghina Liziane terlalu hodoh untuk berada di parti itu di laman sosial.
Seperti dijangka, Brown menafikan dakwaan Liziane dan sudah memadamkan video itu.

loading...

Add Comment