Nora Danish Tempis Dakwaan Bakal Nikah Dalam Waktu Terdekat!

Sharing is caring!

Setelah seringkali dihimpit pelbagai kontroversi panas, Nora Danish baru-baru ini pernah mengeluarkan kenyataan Nora Danish Sedia Kahwin, Elak Kontroversi!

Kisah percintaan antara Nora Danish bukanlah asing lagi malah sudah diketahui umum. Dan kerana itu, timbul khabar angin mendakwa dia bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya Nedim Nazri Aziz dalam masa terdekat. Nora bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut.

Menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish, dia kini sedang sibuk menguruskan kerjaya perniagaannya dan tiada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat.

Nora Danish juga turut menafikan khabar angin sudah menempah baju kahwin.

Tambah Nora lagi, dia sebenarnya sudah lali dengan gosip liar yang menimpa ke atas dirinya dan memohon agar peminat jangan mudah percaya dengan sebarang khabar angin yang dikeluarkan.

Nora Danish dalam pada itu memaklumkan sekiranya benar dia akan berkahwin, pastinya pengumuman akan dibuat di media sosial sebulan sebelum majlis berlangsung.

Sementara itu, Nora Danish memberitahu tidak merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran, sekiranya berkahwin.

Leave a Comment