Yatt Hamzah Bidas Kenyataan Bekas Suami Mengenai ‘Orang Ketiga’ Bikin Panas!

Sharing is caring!

Pelakon dan juga pengacara Yatt Hamzah yang sebelum ini telah bercerai dengan bekas suaminya, Abdul Mutalib pada tahun lepas bakal menamatkan zaman jandanya pada 27 Februari ini. Malah, Yatt Hamzah Sudah Mulai Edar Kad Kahwin

Namun, beberapa hari lepas Bekas Suami Yatt Hamzah Dedah Punca Sebenar Mereka Bercerai. Bahkan, isu ini menjadi perhatian netizen sehinggakan Yatt tampil menjelaskan perkara sebenar.

Menurut Yatt, bakal suaminya itu yang juga merupakan juruvideo bebas, Mohammad Zulfadli Khiruddin bukanlah ‘orang ketiga’ yang dimaksudkan oleh bekas suaminya itu. Malah, Yatt mengenali lebih rapat dengan Zulfadli setelah dia bercerai.

Bahkan, Yatt mula berkawan dengan Zulfadli ketika dia menyertai misi kemanusiaan di Syria pada Februari 2015.

Walaupun Yatt merupakan janda anak satu, namum penerimaan keluarga Zulfadli sangat baik. Bahkan, majlis mereka nanti akan diadakan secara sederhana.

Apabila ditanya tentang perbezaan umur mereka, Yatt menjelaskan bahawa usia tidak menjadi masalah baginya kerana bakal suaminya itu bersifat matang dan berfikiran jauh.

Pasangan ini akan diijabkabulkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 8 pagi manakala majlis resepsi diadakan pada hari sama di Azasna Villa, Seksyen U12, Cahaya Alam, Shah Alam.

Leave a Comment