BACA! Komen Mia Ahmad Mengenai Mira Filzah Bikin Panas!

Sharing is caring!

Beberapa bulan yang lalu kecoh seketika apabila dikatakan PANAS! Hubungan Syarul Ridzwan Dan Mia Ahmad Retak Angkara Mira Filzah?. Menyedari hal itu semakin mencetuskan kontroversi panas dan berlanjutan maka Mia Ahmad Nafi Hubungan Dengan Syarul Ridzwan Retak Angkara Mira Filzah!.

Sementara itu Syarul Ridzwan sebelum ini juga pernah tampil buat kenyataan menerusi Syarul Ridzwan Bengang, Mohon Bukti Hubungan Dengan Mia Ahmad Renggang!

Kini Mia Ahmad tampil sekali lagi menegaskan dia tiada masalah dengan pelakon baharu Mira Filzah, 23, yang kini semakin meningkat naik ekoran lakonan mantap menerusi drama Cinta Si Wedding Planner yang baru sahaja melabuhkan tirai pada minggu lalu.

Menurut Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 28, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Mira, malah dirinya sentiasa bersikap profesional setiap kali mereka bertemu pada majlis serta acara hiburan.

Tambah Mia, dia turut menyedari gosip berkenaan menjadi serius apabila ada pihak yang cuba melaga-lagakan mereka bertiga menerusi sebuah akaun laman sosial palsu.

Bersabarlah Mia, adat menjadi seorang selebriti. Beginilah keadaan yang harus diterima. Semoga Mia terus tabah menghadapi dugaan dan cabaran di masa akan datang. KIPIDAP!!

Leave a Comment