Dedah Kisah Cinta, Adel AF Punyai Alasan Tersendiri!

Sharing is caring!

Sebelum ini kecoh apabila dikatakan bekas pelajar Akademi Fantasia, Adel bercinta dengan suami orang? Inilah Pengakuan Berani Mati Adel AF Mengenai Kisah Cinta… Mengejutkan!

Namun, pendedahan kisah cinta mereka ini telah memakan dirinya sendiri sehinggakan orang labelkan Adel sebagai perosak rumah tangga orang.

Lelaki tersebut dikatakan dalam proses penceraian dengan isterinya ketika mereka bercinta. Bahkan, Adel bidas tentang khabar angin kononnya dia mencari publisiti murahan dengan kisah cintanya.

Malah, Adel turut menjelaskan bahawa ketika dia berkenalan dengan lelaki yang digelar sebagai ‘Mr. A’ itu, Adel sudah mengetahui status sebenar lelaki itu.

Apapun, Adel telah menjelaskan perkara sebenar. Rasanya tidak elok untuk terus menghukumnya. Mungkin sudah tertulis jodoh mereka.

Leave a Comment