Hetty Sarlene bakal nikahi pemuda Britain

Sharing is caring!

Sudah lama tidak mendengar khabar penyanyi kelahiran Singapura, Hetty Sarlene. Namun, semakan melalui akaun Instagram milik artis berbakat ini mendapati, Hetty rupa-rupanya sedang menghitung hari untuk bergelar isteri. Berkongsi berita gembira, Hetty bakal bernikah dengan jejaka kelahiran Britain yang dikenali sebagai Daniel Oakes. BH Online difahamkan, pelakon yang pernah popular menerusi drama Sembilu itu sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka idamannya di London, Disember lalu. Hetty dan Daniel dijangka berkahwin pada pertengahan tahun ini pada majlis yang dirancang di Singapura. Melalui status di laman sosial itu, Hetty memuat naik gambar dirinya dan Oakes diiringi madah cukup bermakna. “Hubungan kami sebagai pasangan tunang ada kalanya mencabar, tetapi ia cukup menggembirakan. Kadang-kadang macam kelam kabut, namun cukup menakjubkan. Ada kalanya juga seperti mendadak tetapi stabil. “Sesekali pula macam ringkas, tetapi ia cukup romantik. Saya sayang kamu dan akan sentiasa begitu,” ungkap Hetty pada status itu. Difahamkan, Oakes sudah memeluk Islam. Dalam perkembangan lain, Hetty khabarnya akan tampil dengan single baharu terbitan NSR sebelum berkahwin. Kali terakhir Hetty merakamkan single adalah pada tahun 2010 melalui lagu Siapa Diriku Di Sisimu.

Leave a Comment